nuffnang

MaR & CenCciA..*___*

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sunday, 7 October 2012

Mata lebam aka Mr Panda !

gambar i lepas plastic surgery. heh . berdarah pak mail tengok nie
selamat pagi !
sekarang nie sudah pukul 4.38 pagi and jangan tanya i bakpe i tak tidur2 lagi ok.
haaa..
korang boleh agak tak entry i yang bertajuk mata lebam aka mata panda.
haish i nie asyik duk cakap pasal panda je kang kang kang ??
isk korang nie , i dengan panda ibarat kawan baik gitu . tak boleh dipisahkan .kalau dipisahkan alamak jawabnya tak bergerak la persatuan panda2 sedunia. heh?
sebab i kan pengerusinya. hehe

MATA LEBAM aka Mr panda

hmm apa ye yang berkaitan mata lebam dengan Mr panda nie heh.
lu pikir la sendiri jawab nabil.

haaa
nie baru nak mula pendahuluan entry i .
eh tadi tuh hape ? buka pendahuluan kau ke elina ?
amboi kak safiyah kita,marah nampak. sabar la cikit. tengok tuh dah berkedut dah muka.baik pegi suntik botox or vitamin. baru berseri cikit muka tuh.
Adira cucuk vitamin.*tetiba
incik panda penat ke kejar orang sebelah tuh? dia amik tebu incik. cepat bangun!!

eh eh kak peah oi jangan la melenting pulak. orang sarankan je ,taknak buat takpe .tak paksa pun.
tak de la Pak kasim cari lain kak Peah oi.
ZAssSs!
haadddoiiii !
batang penyapu masuk lobang hidung .

ganeh jugak kak peah nie.

okeh okeh ... tengok kak Peah kita dah berasap kepala tuh

pendahuluan .jen jen jen

hi nama saya Salam ! nama penuh Salam satu malaysia !
anda sekarang di rancangan jangan tidur lagi bersama saya ,abang salam ! huyoii


abang salam! hensem tak.



okela.. buat pengetahuan korang semua, i sekarang tengah final and lusa exam electronic. so sekarang nie i tengah stress sangat pasal exam and banyak la lagi. haa sebab tu la i hupdate blog nie.

iyer2. dah lama i tak hupdate blog. orang lain follower dah meningkat sebab blog selalu hupdate. kan kan kan. eh kalau i tak tensen  i hupdate jugak . tapi i tak tahu nak tulis pasai hapa. sodihhh

jadi dengan baik nya, i pun clik pangkah diatas then i pun terus bukak benda lain yang lagi excited ! heee..
tapi malam nie eh dah pagi la.ok2 tapi pagi nie i rasa nak hupdate jugak. jiwa i meronta2 nak hupdate. amboi bahasa ! bombastik gler. well ehemm. elina sekarang dah maju cikit.

tapi i sekarang tengah ada satu masalah besar, apa tuh.
haa nie lah nak ceghita tuh
satu hari yang cuaca tak berapa nak baik. masa tuh tengah mendung. kilat sabung menyabung bak ayam tengah menyabung. i dengan semangatnya buka kertas yang lecture bagi and then baca dengan penuh semangat. nak exam la katakan. kena semngat nie.

2 jam kemudian

i pun buka mata semula.tak kusangka tak kuduga. i tertidur !!
dua slide je i baca tuuh pun tak sampai habis. tido dua jam. fuhh !
macam mana nie.
then tadi pun i ulang benda yang sama. and conclusion atau pengakhiranggg jugak memang sudah tepat dijangka . TIDO JUGAK !!

gimana nie dong !! mati la i cemgini.

haa tu masalah pertama.

kita kembali ke masalah kedua bersama abang salam .

sekarang nie i dah ganti tempat burung hantu . haa kepada burung hantu sekalian,uollss buleh berehat dengan tenang iyer.. sebab i sekarang nie dah tak tido malam. haa bukan i sorang je, roomate i pun terlibat sekali. kitorang sekarang ambil jawatan sebagai pak guard kolej asrama. hee. i dan member tak leh nak tido la . kitorang hanya akan tido selepas azan subuh. tu pun pejam jugak mata nie nak suruh tido jugak cemana pom. aduyaa


haa siap ada pesanan dari penaja lagi suruh gerak. heheh. tu la tak tidur sangat kan.
jawab elina : okeh kak. camne kalau i tulis je kak kertas tuh " akak, bangun kak "
hahaha...














meh kita zoom ckit tulisan warna pink tuh. 







semasa exam CTU

tengok ! kreatif tak i .. hehe.. kepelbagaian corak2 ..

tak cukup lagi soalan 4 tuh. siap tulis lagi banyak kali soalan no 4.
biar bagi jelas cikit yer. tu je motif nye
eh bukannye ko tak leh jawab soklan tuh. eh slow ckit ! hehe















haaa meet my ebok .(Arbod si tikus belanda ) hehe







wahhhh! rindu sangat nak peluk ebok nie. adik i panggil ebok ni buncit sebab dia suka makan .. ha itu pulak masalah ketiga i. i rindu sangat kat ebok. lama dah tak balik rumah main2 dengan ebok.

okelah tu je yang i nak merepek kat sini. guys ! doakan i tau final exam nie... takuttt !!
bye !! 

Monday, 3 September 2012

my birthday ! tutt tuttt

hai !

happy birthday to you !  happy birthday to you ! happy birthday to you

elina ! apa perasaan you time hari jadi you nie? hmm entahlah biasa je. cuma frust sikit. kenapa? sebab esoknya test ,lusa test, tulat pulok kena prsentation. hadoiii.

hilang semangat nak sambut besday2 nie. but i wait for somenone to wish me.

who's that ?

hmmm


jeng jennnnnnggggg

Saturday, 18 August 2012

raya dah ke ?? heh

hi !
selamat menyambut hari raya ! maaf zahir dan batin !

i tak sempat pun nak tengok tibi pasal pak cik yang femes sekarang tuh. yang orang duk tercungok nak tunggu pak cik nie keluar statement pasal raya.

alih-alih si ayu,adik i yang kasi tahu kat i.

eh ina, esok dah rasa la weh!! yeay!!
semangat habis si budak nie. puasa cukup tak. ? of cose la cukup kottt. hee
dia dah telan sebakul kuih raya. mak plak asyik membebel je dekat i dengan adik i nie. "dah dah la along oi makan kuih raya tuh, belum raya lagi nie"

alamak! rupayanya kuih raya dah jadi separuh.. hmm tak jugak tinggal lagi beberapa biji lagi elmond london. haa..
actually i paling suka sekali makan biskut tuh. sebab dia bersalut dengan coklat. yeay ! i nie peminat coklat . makan coklat tak ingat dunia tau. ngee

lepas je mak membebel kat i and adik i sorang nie. dia nie bebel plak dekat diri dia sendiri.

cemgini " haish jadi ke tak aku buat nasi minyak nie"haa... pelik!

well, sebenarnya mak i bercadang nak buat nasi minyak eh nasi dagang.heee dari tadi lagi dia sedang bertungkus lumus menyiapkan kuah untuk nasi dagang . i nie pun baik hati menawarkan diri untuk tolong. tapi dia reject habis2 i nie. teruk sangatkah diriku ini hah???

mak cakap kalau i tolong lagi parah nasi dagang dia. i pon tak tahu apa motif mak cakap gitu. tersedak biji mata i dengar. ehem

ahhh tak kisah la.sambil tuh i umpan dekat mak pasal i nie belum lagi pergi beli tudung and kasut raya. " hmm mama lau orang free hair je esop boleh tak? " terus mak tengok i macam hape ntah. " haa ko nampak ma pegang pisau nie kang tak pasal2 esok makan pisau"

huishh..
ganahnye mak i rupanya.

"alaaa saje je nak test ma oi" hee.. terus i pergi masuk bilik sambung kerja yang belum setel lagi nie.

haish nie lagi satu , hard disk kesayangan i nie pun satu. tiba2 dia buat hal. pergi hidden semua file dalamnya. tak tinggal satu pun kat i. boring la i malam nie. tak leh nak tengok movie. dahla i ambik banyak dah cerita nak tengok masa rasa. see dah tak boleh tengok. sedih ! macam mana nie.
salah i jugak pegi cucuk dekat lappy adik i si ati tuh. haish. dia nie ada je laptop tapi tak reti nak hupdate dia punya antivirus. adoi. nie satu masalah dia.

habis rosak mood raya i .

btw ! selamat menyambut hari raya korang. duit raya tuh sila- silalah hulur kat sini cikit.
bye!



Wednesday, 15 August 2012

saya tak tahu nak bagi tajuk apa

uhuk uhukk
batuk !
dah berhabuk blog i.
korang nampak tak berhabuk suda.
well, i dah lama tak hupdate entry. blog i nie tak macam blog orang lain, update setiap seminit.satu minit satu entry. satu jam 60 entry dah ada.heh
blog i nie paling loser sekali dengan penulis blog yang kadang2 rajin pastu tiba2 je malas.
adush ! SENTAP AYAT ! haaa

"dah dah la elina oi, jangan nak sedih sangat la ayat tuh"

oke2. 

eh, tu bukan intro ye. nie baru intro dia. hmm i nak pikir susun ayat nie. 
oke kita start macam  cemgini.

bulan ramadhan bakal berlalu. i pun dah tak sabar nak beraya nie. bila i dikelas,dengar lagu raya. bila masuk bilik pun dengar lagu raya. lalu je di bangunan dengar lagu raya jugak. haish. stress hidup cemgini. rasa nak ganti je pakcik yang kat tibi tuh ."pak cik mana elina"? ala korang nie, pakcik yang kerja dia umum raya tuh la. 

ehemm.test suara cikit.

saya bernama nor elina dengan ini sukacita mengumumkan esok raya sambil pegang batang penyapu. yeay !!

tiba-tiba. DUSH ! melayang bantal ke muka .

i sekarang nie bila je masuk kuliah ,minda i dah tak berfungsi sudah dengan nombor yang kat depan tuh. minda i sekarang nie dekat rumah dah. membayangkan baju raya yang i pakai pastu ketuk2 rumah jiran mintak duit raya. yahoo!! kaya aku! hee

hoi,besar2 gini ko still lagi dapat duit raya ke ??
 hmm i tak tahu la. ala time makcik2 duk bagi duit raya tuh buat2 la muka kesian ckit takpom buat muka kiut or muka perasan muda. konfem dapat ! haaa

kenapa? tak percaya yer. try la masa raya. 

mak cik , pak cik.! sini belum  bagi lagi duit raya. :D

Saturday, 21 July 2012

puasa heh

ce korang teka ,apakah tempat ini? haa soklan cepu mas nie. jawab2...

hari nie first puasa. adik kembar i yang kecik *umur 7 tahun dah macam nyawa-nyawa ikan dah i tengok petang tadi. first time puasa penuh rupanya. kesian. sabar la adik oi..

bila tengok diorang yang lembik lembik macam jelly tak de tulang belakang. i pun offer pergi jalan2 dengan i. lagi pom i buhsan duk rumah. so i call linda untuk ajak lepaking bersama. hehe

time tuh dia pom boring jugak *i rasa la.

jadi kitorang pergi lepak dekat airport. ingat nak usha mamat pilot. tapi jumpa mamt negro pulak. berlambak pulak tuh. hehe.

ahhh.. tak jadi lah. so kitorang habiskan masa kat situ dalam setengah jam je. sebab takut lambat balik pulak.*actually takut terlambat untuk berbuka puasa.

owhh. lupa pulak nak cerita. sebelum tuh. i sebenarnya tak ingat jalan nak pegi airport . heee. so i bergantung kepada linda . jadi dia jela jadik tour guide kitorang *alahai loser nyer ko helina oiii.. dalam negeri sendiri pun ko tak tahu jalan kat mana nak pergi airport.

hello!!
i pergi airport masa i kecik2 dulu je. masa besar mana la pegi dah.
tu pom nak pegi ambik sepupu i yang balik dari study oversea.huh.

sesat jugak masa nak pegi tuh. haha. melencong ke arah lain . adoi. si linda pulak suh i berhenti tepi jalan sebab dia nak pegi tanya arah nak pegi airport. malu bhai!
 tapi i tak stop pom kereta. haha. malu dowhh.. apa pulak orang cakap nanti kang.

jadi kitorang pergi bebrbekalkan petunjuk arah . and finally samapi jugak. so here we are !!!

si jen and linda. bahagia je muka diorang. sengih sampai telinga. haha.

meh meh kito pakat pegi beli tiket balek raya sini heh
linda pakai spek (kanan) no wonder la dia dapat buat medik kan,* tetiba

linda and me *linda dapat buat medik.. fuhyoooo!! jadik doktor ler sorang kawan i nie. (doktor roslinda) hehe

kami pom nak amik gambar jugak dekat toilet .hewhew
dalam pukul 6.30 kitorang sampai rumah. sesampai je i kat rumah. i tengok anak2 kucing lembik je kat atas katil i. pelik jugak i nie.

"alonggggg, dah bagi ke kucing makan!!!! ??"

homaiggooodddd! sori lucy,arbod ,nora and jimmy! tuan mu ini belum bagi makan lagi kat hengkau semua. alahai puasa jugak la korang nie. sebab tu la i tengok lebik je . tido je kerja. rupanya lapar. isk2..jom kita makan meh.

P/s : sebenarnya setelah i buat kajian tadi,perjalan dari rumah i ke airport tuh cuma memakan masa 5 minit je kalau terbang ! heee.. hmm guna kereta pulak camne? hmm dalam 20 minit ke 30 minit gitu

abis tuh ko drive pegi airport tadi berapa minit nak sampai ??
erkkk hmmmm ............PANG ! cepat laaa cakap
hadoi. lebam pipi nie

nak dekat sejam....*slow je cakap

iyer la. tolak campur darab bahagi .sejam semuanya. sesat jalan kan. heee.. peace!!!

Friday, 20 July 2012

histeria mak oiiii

ye dok ?? 


Memindai laman Facebook mu
Kadang buat i cemburu
Baru saja you update
 Ramai perempuan berkomen
Tak sedikit yang merayu

Berhentilah kenyit mata kat  my aliff
angkot pergi pesonamu
 Takkan cukup kata-kata manismu * korang nak berapa baru cukup hah
Gambar-gambar seksimu * ingat badan korang cantik ke? badan opah i lagi lawa tau
Tagging-tagging flirting-flirting!

oooo... pang ! senyap la hengkau helina oi!
 eh apasal plak ??
biarlah i nak nyanyi lagu pakwe i,si alif aziz ni. u kiah apasal hah. selalu je carik gaduh dengan i

hoi! sedarla diri tuh! dia dah ada ANNE dah. opssss !
 terkeluar plak hehe...
ok2. buat2 para gadis yang separuh gila minat si alif ziz nie sampai ada yang beranggan nak kawen dengan dia *amboi dasyat dah tuh. sila kembali ke realiti yer. dia dah buat pengakuan dah depan i tadi yang dia dah ada yang istimewa (anne le teww). huh! meratap i dengar ! senyum sambil tikam bantal. meleleh air mata ,air hidung i dengar. opsss ! halamak ! * lupa nak rakam pengakuan dia. ciss rugi plak.

overla ko elina oi.

biarla .. i memang macam nie pom.

"leena,bakpe tiba2 anda berbicara tentang alif aziz nie"

heh ??

 ok2.
seperti yang anda sedia maklum nie. i dah ada tunjuk kan dekat korang konsert alif aziz. "alif aziz life di uitm dungun"

i beli tiket dia .wooo ! hehe

sebelum nak pergi konsert dia nie, i dah pakai lipstik 4 inci tebalnya. plan nak tunjuk bibir i yang seksi nie. tapi .. .. malang tak berbau.

tibanya alif aziz nie dekat pentas, salah seorang yang duduk disebelah i tiba2 "WAAAAAAAA !!!!"
kuss semangat i . hadoi .

terkejut beruk i !

mujur i tak ada penyakit jantung tau ! haish! apalah dia nie sorang.sambil menyang kamera rakam asi alif aziz. bengang i tau. *ada hati dia nak ambik gambar pakwe i yang ke 101 tuh. heh.

 dia just nyanyi 5 buah lagu je. :
1)sayang2
2)with you by chris brown
3)cinta ya cinta
4) jangan ganggu pacarku
5)hmm ce teka  lagu apa * padahal tak ingat tajuk hape.

sepanjang konsert tuh, ada yang terpekik terlolong . huh! i pom tak tahu apa yang diorang pandang sangat dengan aliff aziz tuh *padahal jeles

orang sebelah i tak berhenti henti tunjuk henset rakam setiap inci pergerakan si aliff aziz nie. geram je nak cakor muka dia suh berhenti rakam pakwe i tuh. haha

saudara saudari sekalian,
 setelah habis je konsert si aliff nie. ramai je pelajar perempuan yang memuji betapa handsomenye si dia.

"eh timah, aku dapat amik whole pergerakan aliff aziz whoooo" kata si timah kepada rakannya itu. *fuhh ayat
 yang si kawan dia plak " eh you,i pom dapat ambik gambar dia jugak" dengan gaya gediknya.
kawannya pandang semacam je kepada rakannya selepas kawan dia cakap gitu.
hehe
* jeles letew kan kan

i pun berkata :" hello korang, i pom dapat ambik jugak and rakam jugak uolllsss" tapi i rakam gambar belakang dia je lah and ambik gambar belakang dia je la. *what a loser ko nie helina oiii

dalam hati je la i cakap. nak mampus cakap depan2 dah la mencelah perbualan orang hot tuh kan....

dah la. i malas nak menaip pasal nie. bertambah kejelesan i *ade ke perkataan i nie. suka hati je kan. ahh ape aku kesah.

meh i nak pesan sedikit.kita kan esop nak berpuasa..so i nak ucapkan selamat berpuasa kepada saudara seislam saya. jangan ponteng tau !
okelah dah tak tahu nak tulis hape lagi.
bye korang !

Thursday, 12 July 2012

elina kena gastrik heh

nah, ambik la jen . nie i dah hupdate .:)
hmm i nak mula cemana hah perenggan pendahuluan nie? hmm cemana ah. haish. tak dek idea nie. otak i sekarang dah berkarat. hmm cemgini la yer.

i busy . busy and busy. nak i ulang lagi ke tak nie? * hmm tak perlu kot.
omaigod ! i paling suka amik gambar gini. hehe.

 i memang busy gler. busy dengan makanan, kelas, tido (kroohhhhh kroohhh kroohhhh)*kesat air liur tuh helina oiiii !, assingment, kuiz ,test,movie*erkk nak iklan sekejap.movie apa ah paling latest skali ?? ikotla movie apa yang korang tahu. jangan korang bagi movie tamil sudah la...hahhhh semputt !
our luch time ! sedap! daging lembu cicah bluebery ! hehe


korang tengok tak pernikahan  irma hasmie.?? tak? tipu ! ye dok. mesti korang tengok kan kan. kalau tak pom mesti duk tercunguk depan laptop sambil taip "pernikahan irma hasmie". ye dok ?? ye dok? haaa. kantoi !
berehat bersama air kosong dulu. !
eh tahu tahu je cek mek nih. camne hang tahu nie. deng belom kabor lagi hang dah dapat teko dah. hang belo hantu nih eh. eh  eh mana ada saya bela hantu pak? tak main ler bela hantu  nie. saya bela kucing je. nama NORA . sekarang nie dia dah ada tiga ekor anak. nama : jimmy, arbod dan lucy. canggih kan pak nama anak kucing kita. kan kan kan.

camne i tahu? hmm i tahu la sebab i salah satu jugak daripada korang. WHOWWW !! kita geng !
hikhikhik...honestly i said, jeles tahap cipan i dengan irma.

"bakpe leena jeles nyer"

jap i nak list kenapa i rasa jeles.
disini saya ada beberapa sebab kenapa saya berasa jeles dengan puan irma hasmie. antaranya ialah : * fuhh ayat!

1) sweet je pernikahan diorang,cara diorang mula2 jumpa kat mekah semasa buat umrah (tak macam sesetengah artis lain) * i pon tak tahu kenapa i rasa best sangat tengok diorang nie.
2) suami dia hensem  * erkk yang nie bukan i cakap.
3) baju pengantin dia lawa sangat bagi i.

hmm i rasa tu je kot. actually banyak lagi dalam pikiran i nie. tapi hmm tak nak lah gitahu. nanti korang ketawa sampai besok tak habis. :)

photo pernikahan akak irma kita. tengok jangan tak tengok <------ clik ! jangan tak klik yer.

to irma hasmie : wish korang berdua happy selalu and cepat2 dapat anak tau.

sedara saudari sekalian alam,
eh jangan tikam lagi noo !! 

kita beralih ke topik lain pulak yer. seperti yang kita tahu. tajuk entry i pada hari nie "elina kena gastrik heh" . nie baru kita berbicara kepada lebih serius sikit. yang tadi tuh hape? emm tuh segmen gosip bersama helina ! hehe.
ubat ..ubat.. ubat.. i paling suka makan ubat cecair tuh. nie la ubat i. adush bukan main susah lagi nak makan ubat butir.

minggu nie paling menyeksakan bagi i. nak tahu kenapa . sebab: i kena gastrik!!!
haku ada.korang ada?

 rasa nak menari poco poco sambil tikam seat je bila MA tuh cakap yang i ada gastrik.

our kak MC with her smile. ! loike !
sampai sekarang i tak leh nak percaya yang i ada gastrik. huhuuuhu. and kak MC secara automatik jadi penasihat pemakanan saya since i had gastric. dah macam mak dah nampak kak mc nie. suh i makan nasi and telan ubat.

oklah . dah malas nak bercerita pasal nie. sedih pulak rasa. rasa nak keluar je air mata syawal. *puasa belum lg.

owh, lupa i nak kasi tahu yang minggu depan akan diadakan minggu keusahawanan di tempat belajar i. hmm kali nie banyak ler duit melayang dibuai angin ! ceh. uhuk!

mesti i akan rambang mata. jadi. mata biru, mata merah and macam2 lagi la. iyerla mesti diorang bukak jualan! huh! hampeh i nak simpan duit bulan nie. kepada kawan2 saya, sila bimbing saya iyer. jangan sampai i tersangkut kepada beg or benda2 lain lagi.

konsert alif aziz. hoho !! kak MC silap pronounce nama alif aziz to salem aziz .heh?? isk2...

tudung dah jadi kelepek2 kena tiup angin. isk2..  lunch dengan kak mc, kak gula and kak debate. hehe. really enjoy with them .:)
bbye!

Monday, 25 June 2012

sejenak bersama abang panda !

saya boring..boring..dan boring

Dengan boringyer i menekan swith on pada laptop i yang boring nie. dengan harapan my lappy akan bagi sedikit semangat kepada i supaya tidak berasa boring pada malam yang sungguh boring ini. fuhh ayat ! sakit tekak baca.

sekarang nie i dah jadi bestfriend kepada mohd panda ! wu huuuuu.. incik panda ! sila terima saya jadi kawan baik awak yer. tolong yer sifu ! saya benar2 berharap yang incik panda sudi mengambil saya yang kiut nie sebagai kawan terbaik anda. :)

dah bakpe leena jadi cemgini yer?? leena pakai sarung panda ke ??
tuan puan encik cik semua. sebenarnya sejak kebelakangan ini cik elina kita kurang tidur  sebab dia nie bercita2 nak masuk geng mata2 panda. see . cool kan ada mata cam panda.


dengan berbekalkan mata panda nie, i buka satu website yang i selalu lepak ketika mempunyai masa yang lapang. kalau tak ada masa free pom i selalu curik2 masuk. sekejap pun jadi. melepas rindu katakan.

iaitu ...........jeng jeng jeng ....

"my life as elina"


i mula menari narikan jari jemari i nie di entry yang tak seberapa. "eh leena, quit la jadi blogger nie. bukanyer ada orang baca pom blog hengko."mail lambung tiba2 bersuara.

ciss, dari mana suara mail lambung kedegaran nie??

tiba2 ada suara orang menjerit meminta tolong.

TOLONG !!! TOLONG !!

haaaaaa.. puas hati aku dapat lambung ko si Mail Lambung kurus kering ! nyah ko dari sini.!! dengan bangga yer elina si kurus kering berbekalkan wajah yang kiut melempar mail lambung ke dalam laut .huahuahua
#evil laugh !

kembali ke topik yang asal yer tuan puan semua.

i tahu la blog i nie kurang pembaca. yang baca nie pun kebanyakan dari kawan2 i. i rasa i nie adalah blogger paling loser sekali di antara blogger2 lain kan?? korang rasa. menitis air mata syahdu.

ahhhh. lantak la . loser ke tak. i tak kisah. *kisah sedikit je

hari nie banyak yang i nak cerita. first, pasal kelas ELE(electronic) . fuhh, subject dia memang tough! fizik campur kimia.jadik teh tarik.fuhh sambil belajar sambil lap air mata. terharu katanya. makin banyak belajar subjek makin banyak yang terharu. agak2 dah boleh melimpah keluar dari meja study. sekali dengan air hidung nak keluar jugak. bukannnn selesama. terharu yer tuan puan. i ulang sekali lagi.

kami ada menjual baldi2 kepada pelajar engineering yang mempunyai terlebih perasaan terharu apabila belajar. beli satu percuma dua.  nak free bleh tak?? nampak 5 jari nie? kalau melekat dekat pipi rasa macam mana? best tak ??
ehh gurau je .
untuk pembeli tetap untuk encik baldi nie, kami jugak ada membuat cabutan bertuah. kepada pembeli bertuah .sila tuntut hadiah anda apabila anda habis sem yer. sekian terima kasih.kerjasama anda amatlah dihargai.


kita beralih ke topik yang lain pulak. diharap anda bersabar dengan kerenah saya yang agak gila gila dan peliks sikit dari orang.

petang semalam , i dan dua orang rakan pergi ke pantai . katanya nak ambik angin dan release tension sambil buat BEL. selepas habis kelas kitorang pergi lepak dekat pantai. time pergi pantai tuh, mata i nie dah aim satu benda di hadapan. MAKANAN !!

well, mesti korang dah terbiasa dengan keadaan pantai camne right. ada orang jual2 makan seperti keropok, pisang goreng dan lain2 lah. kami pergi simpan duit ke gerai itu dulu. lepas tuh kami mula cari side untuk duduk sambil melayang perasaan. hohoho. adush berdarah hidung baca!

meet my sweet friend! ila a.k.a akak gula2. actually i yang start panggil ila nie akak gula2 . akak gula2 nie suka sangat panggil i nie adik manis.haha. macam muda je i nie bila panggil gitu. and from my bottom heart i senang sangat kawan dengan ila. love you !

untuk pengetahuan korang, i jarang gler pergi pantai2 nie. family i tak banyak jalan2 kat pantai. so , bila u i nie dekat dengan pantai. itu adalah satu peluang untuk i melepaskan semua penat lelah i selepas belajar .
akak gula2 nie kerap kali jugak la cakap dekat i yang dia tak suka kelas BEL. i dont know  the reason . nerveous kot. sir kitorang hensem kot ! that why akak gula2 nie nervous. time nie tengah buat assingment BEL. dekat pantai buat assingmet banyak idea ckit. haha
nak kongsi ckit pasal akak gula2 nie, dia suka kuning tau. bila je i pergi bilik dia. banyak benda warna kuning. wohhooo.. sama la kita akak oi. i suka biru. and barang2 i kebanyakkan berwarna biru muda. buat peminat biru muda, jom tubuhkan persatuan "KAMI PEMINAT BIRU MUDA,KAMI TAK KISAH APA KATA ORANG TENTANG WARNA LAIN"

" dah bakpenyer leena,kata minat biru muda,tapi kenapa tak letak je background biru muda dalam blog awak? hamboi peminat mail lambong mula bersuara.

erkkk. salam satu malaysia kepada semua warga malaysia. warga vietnam?? hmm sila balik ke negara anda dulu dan urus penukaran warga dulu yer baru boleh jawab salam. #KEJAM !

ohh lupa i nak kasi tahu yang blog i dah berubah rupa. pada mulanya i letak background warna biru then bila i nak tukar kepada yang lain. i was searching for the blue background. tiba2 kawan i suggest guna background warna lain. so i accept la dia punya idea.

taaaadaaa!! so inilah wajah blog i sekarang !!

oh, kejap yer, i nak letak gambar yang i ambik pemandangan kat pantai dan petang tadi bersama dengan akak gula and kak MC kita yer !

pom pommm pommmm

.....................


.............


......


..

.

this is view when 6.15 pm.

tengok sekali cam nak ribut je kan. wonderpet ! tolong selamatkan kami dari ribut yang kuat  nie. 

Zaty (my new friend) and my cute friend ,akak gula2. 


p/s : masa kelas ELE tadi. classmate i tanya i stay kolej mana. then dengan senyuman yang amat manis i berikan untuknya. sambil menjawab "kati no 5.kapas"

that mean im proudly said that im "setinggan" . wohhooo...
akak gula2 dengan akak MC . ouchh akak MC ? who is this. farisya la. farisya got this title is because dia jadik mc masa budak part one engineering baru masuk. hoho ~~ 

kami telah berpakat untuk terjun je dalam kolam nie bila air tak de kat kolej. kelebihan nya : boleh mandi sekali dengan si ikan2 dan menjimatkan bil air uitm. see. betapa baiknya kitorang ini.
setelah ukur dari segi kedalam kolam nie.nampaknya hanya 3 oarang  yang boleh mandi dalam satu masa. jadi buat anda2 yang ingin manid di kolam air bersama incik ikan2 nie. sila ambil no giliran anda.
hamboi akak gula2. terlentok dekat bahu i. nak goda i leteww.. hahahaahaha
mana i?? oo i tengah amik gambar diorang la nie. sebab tuh tak dek muka i. huahua
happy semacam je muka diorang kan.i jugak yang tak happy .. leena oo leena! kenapa. ye lah i yang kena amik gamabr diorang. untungla diorang posing . kan kan kan. huahua

chow dulu ! adios !

sudah baca harap balas ! bye2!

gud luck on your life and pray also for me friend . :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung nuffnang