nuffnang

MaR & CenCciA..*___*

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Monday, 25 June 2012

sejenak bersama abang panda !

saya boring..boring..dan boring

Dengan boringyer i menekan swith on pada laptop i yang boring nie. dengan harapan my lappy akan bagi sedikit semangat kepada i supaya tidak berasa boring pada malam yang sungguh boring ini. fuhh ayat ! sakit tekak baca.

sekarang nie i dah jadi bestfriend kepada mohd panda ! wu huuuuu.. incik panda ! sila terima saya jadi kawan baik awak yer. tolong yer sifu ! saya benar2 berharap yang incik panda sudi mengambil saya yang kiut nie sebagai kawan terbaik anda. :)

dah bakpe leena jadi cemgini yer?? leena pakai sarung panda ke ??
tuan puan encik cik semua. sebenarnya sejak kebelakangan ini cik elina kita kurang tidur  sebab dia nie bercita2 nak masuk geng mata2 panda. see . cool kan ada mata cam panda.


dengan berbekalkan mata panda nie, i buka satu website yang i selalu lepak ketika mempunyai masa yang lapang. kalau tak ada masa free pom i selalu curik2 masuk. sekejap pun jadi. melepas rindu katakan.

iaitu ...........jeng jeng jeng ....

"my life as elina"


i mula menari narikan jari jemari i nie di entry yang tak seberapa. "eh leena, quit la jadi blogger nie. bukanyer ada orang baca pom blog hengko."mail lambung tiba2 bersuara.

ciss, dari mana suara mail lambung kedegaran nie??

tiba2 ada suara orang menjerit meminta tolong.

TOLONG !!! TOLONG !!

haaaaaa.. puas hati aku dapat lambung ko si Mail Lambung kurus kering ! nyah ko dari sini.!! dengan bangga yer elina si kurus kering berbekalkan wajah yang kiut melempar mail lambung ke dalam laut .huahuahua
#evil laugh !

kembali ke topik yang asal yer tuan puan semua.

i tahu la blog i nie kurang pembaca. yang baca nie pun kebanyakan dari kawan2 i. i rasa i nie adalah blogger paling loser sekali di antara blogger2 lain kan?? korang rasa. menitis air mata syahdu.

ahhhh. lantak la . loser ke tak. i tak kisah. *kisah sedikit je

hari nie banyak yang i nak cerita. first, pasal kelas ELE(electronic) . fuhh, subject dia memang tough! fizik campur kimia.jadik teh tarik.fuhh sambil belajar sambil lap air mata. terharu katanya. makin banyak belajar subjek makin banyak yang terharu. agak2 dah boleh melimpah keluar dari meja study. sekali dengan air hidung nak keluar jugak. bukannnn selesama. terharu yer tuan puan. i ulang sekali lagi.

kami ada menjual baldi2 kepada pelajar engineering yang mempunyai terlebih perasaan terharu apabila belajar. beli satu percuma dua.  nak free bleh tak?? nampak 5 jari nie? kalau melekat dekat pipi rasa macam mana? best tak ??
ehh gurau je .
untuk pembeli tetap untuk encik baldi nie, kami jugak ada membuat cabutan bertuah. kepada pembeli bertuah .sila tuntut hadiah anda apabila anda habis sem yer. sekian terima kasih.kerjasama anda amatlah dihargai.


kita beralih ke topik yang lain pulak. diharap anda bersabar dengan kerenah saya yang agak gila gila dan peliks sikit dari orang.

petang semalam , i dan dua orang rakan pergi ke pantai . katanya nak ambik angin dan release tension sambil buat BEL. selepas habis kelas kitorang pergi lepak dekat pantai. time pergi pantai tuh, mata i nie dah aim satu benda di hadapan. MAKANAN !!

well, mesti korang dah terbiasa dengan keadaan pantai camne right. ada orang jual2 makan seperti keropok, pisang goreng dan lain2 lah. kami pergi simpan duit ke gerai itu dulu. lepas tuh kami mula cari side untuk duduk sambil melayang perasaan. hohoho. adush berdarah hidung baca!

meet my sweet friend! ila a.k.a akak gula2. actually i yang start panggil ila nie akak gula2 . akak gula2 nie suka sangat panggil i nie adik manis.haha. macam muda je i nie bila panggil gitu. and from my bottom heart i senang sangat kawan dengan ila. love you !

untuk pengetahuan korang, i jarang gler pergi pantai2 nie. family i tak banyak jalan2 kat pantai. so , bila u i nie dekat dengan pantai. itu adalah satu peluang untuk i melepaskan semua penat lelah i selepas belajar .
akak gula2 nie kerap kali jugak la cakap dekat i yang dia tak suka kelas BEL. i dont know  the reason . nerveous kot. sir kitorang hensem kot ! that why akak gula2 nie nervous. time nie tengah buat assingment BEL. dekat pantai buat assingmet banyak idea ckit. haha
nak kongsi ckit pasal akak gula2 nie, dia suka kuning tau. bila je i pergi bilik dia. banyak benda warna kuning. wohhooo.. sama la kita akak oi. i suka biru. and barang2 i kebanyakkan berwarna biru muda. buat peminat biru muda, jom tubuhkan persatuan "KAMI PEMINAT BIRU MUDA,KAMI TAK KISAH APA KATA ORANG TENTANG WARNA LAIN"

" dah bakpenyer leena,kata minat biru muda,tapi kenapa tak letak je background biru muda dalam blog awak? hamboi peminat mail lambong mula bersuara.

erkkk. salam satu malaysia kepada semua warga malaysia. warga vietnam?? hmm sila balik ke negara anda dulu dan urus penukaran warga dulu yer baru boleh jawab salam. #KEJAM !

ohh lupa i nak kasi tahu yang blog i dah berubah rupa. pada mulanya i letak background warna biru then bila i nak tukar kepada yang lain. i was searching for the blue background. tiba2 kawan i suggest guna background warna lain. so i accept la dia punya idea.

taaaadaaa!! so inilah wajah blog i sekarang !!

oh, kejap yer, i nak letak gambar yang i ambik pemandangan kat pantai dan petang tadi bersama dengan akak gula and kak MC kita yer !

pom pommm pommmm

.....................


.............


......


..

.

this is view when 6.15 pm.

tengok sekali cam nak ribut je kan. wonderpet ! tolong selamatkan kami dari ribut yang kuat  nie. 

Zaty (my new friend) and my cute friend ,akak gula2. 


p/s : masa kelas ELE tadi. classmate i tanya i stay kolej mana. then dengan senyuman yang amat manis i berikan untuknya. sambil menjawab "kati no 5.kapas"

that mean im proudly said that im "setinggan" . wohhooo...
akak gula2 dengan akak MC . ouchh akak MC ? who is this. farisya la. farisya got this title is because dia jadik mc masa budak part one engineering baru masuk. hoho ~~ 

kami telah berpakat untuk terjun je dalam kolam nie bila air tak de kat kolej. kelebihan nya : boleh mandi sekali dengan si ikan2 dan menjimatkan bil air uitm. see. betapa baiknya kitorang ini.
setelah ukur dari segi kedalam kolam nie.nampaknya hanya 3 oarang  yang boleh mandi dalam satu masa. jadi buat anda2 yang ingin manid di kolam air bersama incik ikan2 nie. sila ambil no giliran anda.
hamboi akak gula2. terlentok dekat bahu i. nak goda i leteww.. hahahaahaha
mana i?? oo i tengah amik gambar diorang la nie. sebab tuh tak dek muka i. huahua
happy semacam je muka diorang kan.i jugak yang tak happy .. leena oo leena! kenapa. ye lah i yang kena amik gamabr diorang. untungla diorang posing . kan kan kan. huahua

chow dulu ! adios !

sudah baca harap balas ! bye2!

gud luck on your life and pray also for me friend . :)

Wednesday, 20 June 2012

saya kiut miut liut

kami budak2 terlepas dari wad tanjung rambutan.


Tajuk entry yang boleh mengundang kepada berlakunya masalah kesihatan apabila membaca .

Berita Hari-hari 
beberapa orang pembaca blog My life as Elina telah mengalami masalah didalam organ dalaman iaitu untuk lebih specifik lagi dibahagian mulut. ini berlaku kerana kebanyakkan daripada mereka muntah-muntah akibat daripada membaca tajuk entry di atas.katanya loya .

ok fine ! i akan anggap itu sebagai pujian.sekian terima kasih.

untuk memulakan majlis kita pada malam nie,eloklah kita membaca al ...zapsss ! hoi ! ingat kita berada di majlis ke nie. eh eh eh. tak ke?? hmm ok la. 

hmm camne yer nak mula nie.i tak tahu nak start camna. dah 40 hari 50 malam i pikir punya pikir punyalah pikir nak start entry nie camna. 

"aaaadiikkk manis ! bukan ke dah start ke nie??""

""ayoooyyoooo abang bangla ,belum lagi la." tadi tuh segmen mengarut je semua nie. 

"" kenapa"
 sebab: penulis sekarang berada dalam tahap tertekan .

""ayoyyoooo" kenapa ini macam boleh terjadi aaaddiikk manisss"

mungkin sebab i makan banyak gula ???

hamboi abang power ranjers.smart yer nampak.tapi sekarang saya dah jarang nampak abang kat tv. abang bersara dah ke? ke dah kena fired ? oppss..


"WHAT THE HELL ARE YOU TALKING "!!

eh eh abaang bangla nie. main cakap omputih pulak dengan saya. sobar2 abang bangla. kang hantar balik kat nogori asal baru tahu.

=,=
well,actually i ada banyak benda yang nak dikongsikan kepada uolls. so dengan bangga nya i mintak kerjasama ibu2 bapak2 adik2 abang2 hensem tadahkan telinga anda untuk mendengar diari elina ini.

eh elina,abang2 yang kurang hensem pulak macam mana? tak boleh tadah telinga ke? tanya mail lambong  pula.

hmm kejap yer i pikir. hmmm boleh tak yer?


elina kejam ! mak tiri kejam! sanggup tak bagi abang kurang hensem baca. PANG ! senyap la hengko wahai budak separuh inci.

perhatian! kepada semua yang mengenal kucing tersebut.sila jangan bawak balik. dipercayai kucing ini sesitif terhadap manusia yang bernama mail lambong. amboi.tetiba. marah abang zizan. jangan marah deh,


kebaikan kucing nie: amat bagus bagi mengantikan anjing anda yang pemalas nak jaga rumah bila time pencuri masuk. extra free kick pulak tuh. mana la nak cari nie mail lambong ooiii.. haaa i promote balik nie.beli2..

 i balik rumah minggu lepas.!! wu yoooo !! korang tahu tak tak sampai seminggu i masuk u.dah beli tiket balik. alasan bagi dekat bapak i : hmm abah ,barang along tertinggal . nak kena ambik. so kena la balik. heeee.. *padahal homesick.
haish besar anak gajah nie pun still lagi homesick bagai kan. well biasa la i nie kan anak manja. bawah ketiak mak je. eh eh betul ke?? hmm salah ya habibi ya wasalamualaikum. heee

lepas je i balik u semula,selalu je mak i call. mesti korang cakap "ek eleh apa la ko elina,mak call pom nak heboh2.aku nie mak call satu jam sekali tak ada pom nak kecoh" kecoh la minah kiut nieh.

iyer2 wahai saudari saudara  sekalian , diharap anda bertenang.

sebenarnya mak i nie jarang benor call i bila dekat u. call pom bila ada hal penting. hmm bajet i boleh jaga diri and dia tak perlu la nak risau. ok ma! anak kiut ma ini seorang yang tabah dan akan sentiasa menghadapi segala cabaran dan dugaan. fuhhh ayat. kalau mak i baca nie. meleleh hingus keluar hidung. bukan apa.selsema katanya.

setiap petang mesti mak i call tanya camne hari nie. and im quite happy with that. cakap2 pasal kolej dengan dia,komplen sana sini. hei leena nak kena penampor ke komplen ?? heee tak de la. saja nak cantik ayat.

"hmm along, sebenarnya ma dah bukak novel along yang baru beli tuh" lain kali beli lagi yang baru yer kalau ada novel best".
ayat last my mom.

ok sekarang baru ku tahu kenapa dia selalu call.


p/s : untuk pengetahuan saudara saudari sekalian ,mak i nie seorang pembaca novel paling tegar dalam family i. i baru je beli novel and still lagi tak bukak pembalut dia. mak i dah rasmikan sebelum i dah. see.







Wednesday, 6 June 2012

kucing kurap nama diberi

beberapa hari lagi akan ku tinggalkan rumah ku ini
kampus mengajak aku datang,rumahku menedang aku supaya berambus cepat *dah tak nak tengok i letteww
aku masih lagi terhegeh2 mencari ketenangan dirumahku ini.ohhh rumahku ,heavanku!
ohh berat hati aku untuk meninggal kamu wahai rumah walaupun kau menghalauku ini
berat hatiku meninggalkan mu wahai bapak ayam,wahai angsa yang tak berapa nak matang.
saya amat menyanyangi mu wahai kambing2 jiran ambo *ehh jiran i mana ada bela kambing.

erkkk. ....

PANGGG ! senyap la hengkau wahai Elina ! ok2 i tak nak merapu lagi.ikan kerapu,oi ikan kerapu  masak cili api pom sodappp..oooo ikan ker....PANG ! senyappppppp!!

my MR little bunny ! 


tiba2 i teringat satu peribahasa nie : genggam bara api biar sampai jadi arang. 

masa tu i form 5, kelas BM. then cikgu bm agak garang la jugak *sekarang nie dah tak kot sebab nyer masa i balik maktab jumpa beliau ,siap bergurau lagi dengan i.

ehem, back to our story.cikgu tanya  tentang peribahasa.kira sesi soal jawab la kan. masa tuh , i dah berpeluh satu baldi dah.jangan la cikgu tanya aku.please cikgu,dont point at me. point kat orang lain la. and alhamdulillah,cikgu tak point kat i. cikgu tanya member i ,sebelah i. fuhh ! lega semacam je i time tuh,terasa seperti i bebas berawan awangan diudara. Seperti baru berlaribersama itik2 dan tidak lupa angsa i kat rumah. *padahal kena hambat dekat angsa !

berlari berkejaran,seindah bunga ditaman bak burung yang ...PANG ! ok2. i dah insaf. dah tak nak imagine lagi.

member i yang tadi ..yang mana leena?alaaa.. yang kena point dekat cikgu tuh .yang kena bagi peribahasa tuh. owhhh.. haaaa

then,muka member i blurr *tak nampak masa depan leteww. i yang baik hati tiba datang membawa segerombolan ....

memory i dengan wonderpet.thank sebab selamatkan i dengan member i hari tuh. mungkin kalian sudah tidak mengingati.tetapi memory saya tidak akan cepat lupa *adesh ayat. bertuah kan cikgu dapat saya nie.

wonderpet ! nanti i kirim gambar i ok yang masa tengah kena denda dengan ustaz. kita tukar2 gambar iyer. 

WONDERPETS,WONDERPETS ,KAMI datang .membantu anda yang dalam kesusahan. i dengan confidentnyer membisik kata2 cinta kepada kawan aku. hah leena? what kata cinta?
iyer ! *confident. then baru la muka member i yang berkedut bak nenek tua yang sedang menahan berak berhari mula kendur. dan bercahaya sedikit.well jangan kata cahaya tuh sebab dapat NUR ke baru ambik air semayang ke. tak ada semua tuh. leena,leena confident nyer u jawab. mana u tahu. well i tahu la sebab i nampak dia baru keluar toilet tadi. melepas hajat la tuh. erkk

lepas tuh, dia pun terus je jawab "genggam bara api biar sampai ke pangkal lengan " dengan lantang nyer si dia bersuara dan menyebabkan kelas kami yang huru hara seperti kera meminta penampar kambing jadi senyap sunyi bagaikan kambing patah gigi sebelah. cikgu pom tak ketinggalan sekali tau.i terus tersenyum dan mendongak ke atas.berbangga kerana dapat membantu member i yang tengah loading tak dapat jawab peribahasa.wahh! bangga nyer rasa !! rasa macam nak buat kenduri je .kenduri akikah,cukur jambul dan macam2 la. A few minute later .....
hamboi gelakkan orang !




hahahahahahahahaha.. hahahahaahahha.. hahhaahahahahaha.. hahahahahahaha...kahkahakahakahakahakaahkaha...hikhikihikhihkihik.



nasib baik u kucing. kalau tak i dah cabut gigi tuh.
cem gini la diorang ketawakan member i. hehe. i pun terasa sekali tau. sebab peribahasa tuh datang daripada i jugak. i yang buat peribahasa tuh. hapeh !



naik hairan i melihat kawan sekelas gelak bakan nak gila. sekali dengan cikgu i gelak cemgitu. HOI korang histria ke ? gelak bagai je .

then, cikgu tanya dekat member i.dari mana dapat peribahasa tuh?? *off course la dari elina (member i tak jawab,mampus la i kalau dia cakap from me)

salah la peribahasa kamu tu. genggam bara api biar sapa jadi arang la Aida. opss dah terkeluar nama member i tuh. sampai sekarang cikgu tak tahu itu sebenar peribahasa dari i. jangam meratap iyer wahai cikgu2 yang disayang sekalian. anak murid mu akan terus berusaha lagi untuk maju dalam peribasa dan mugkin akan jadi akan mengantikan sasterawan negara kita ,A.Samad Said. Berdaroh hidong baca !

kita beralih ke cerita lain pulak !

disebabkan you la mat bibir ,i dapat malu besar. u la suruh i gantung gambar u kat kepala i nie. tengok dah kena marah dekat cikgu. bukan saja kena marah, pesta gelak plak oleh member kelas i. isk2.. tak patut betul la dorang nie.

ehem, oke. jangan gelakkan kan i yer. peristiwa tu agak memalukan. waktu tuh i budak2 lagi. orang kata tak cukup MATANG.bukan tak matang yer. i ulang sekali lagi.bukan tak matang!!! i tengok kawan  letak gambar artis yang diorang minat. time tuh dah ada kpop2 tau. diorang gunting artis kpop mereka tuh then letak kat belakang kad matrik. i pom terhegeh2 jugak tengok diorang excited. korang2 ,aku nak buat jugak . macam cool je nampak.

then, i pun tengok la si mamat bibir ni. hmm ok jugak gambar dia ni kalo i letak belakang kad matrik i. nampak gah cikit. haha. see fikiran kurang matang.  i pun dengan rajin nyer mengunting gambar mat bibir nie and letak kat belakang kad matrik. then i show off to my friend. wahhh cool nyer ko.! one of my friend said. apa lagi naik hidung la i. toing toing.. hidung sila berkembang untuk tiga saat yer ! ok. i kira, 1, 2, 3 .. ok dah2 la tuh berkembangnyer.  nampak macam kena baling kapur dah.terperosok masuk ke dalam lobang hidong.

cikgu bm mula masuk dalam kelas. baru la hidungku mula tidak berkembang. mugkin kerana takutkan cikgu kot. haha.

masa berlalu dengan lambat sekali bagaikan melukut ditepi gantang begitu..ooo... zappsssss ! hati2 marker pen dah terperosok dalam lobang hidung.minahh ! kenapa menyanyi time cikgu mengajar yer ?? erkk cikgu saya nak masuk akademi fantasia. nak jadi macam akak Mila. ZAPSSS ! buku pulak terbang melayang. fuhh!nasib baik elak. kalau tak benjol!

KELUAR !!!!


tuan puan,encik cik semua, naik lengguh dah i mengarang satu karang panjang nie. mesti bangga giler cikgu i kalau i bagi karangan cemgini.

"elina,kang bagus kalau awak hantar cikgu karangan sepanjang nie selalu, nie tak macam budak sekolah rendah karangan kamu" cikgu hmm hmmm saya ,saya , saya.. zIPssSS ! rotan naik atas kepala.

terus!"bukan apa cikgu, saya baru sedar betapa penting nyer karangan ."*tetiba je. tak ada kaitan langsung

haaa..good girl!

sidang para hadirin sekalian.

i nak kasi tahu yang next sem i maybe tak duduk kolej dah. kolej dah hambat i. sedihhh.
so , i tak tahu nak kemana lagi. berbekalkan beg yang cam nak pergi mekah pastu tak nak balik2 akan i seret menumpang ke tempat orang yang sudi menumpang i . hamboi leena,sedih ayat u nie!!!

baik awak cakap kat mana mail lambong sembunyi ,mr little kucing ! kalau tidak i  cabut misai u.cepat  bagi tahu. dengan si Nora pom dia nak flirt (kucing i) . meh i lambung lambungkan ..duda la kucing jantan rumah i dibuatnya.

amboi kejam nyer.. ehh tak tak..

jangan nak sengih cemgitu la. i tengah susah sekarang nie mr kambing and u plak senggih je kat i. i dah bagi tahu u , i dah tak nak layan dah u. kita kan dah break.dont u remember? lupa leteww

hmm hye ! jangan la tengok i cam gini. malu la i. i nie kan pemalu orangnyer !
hmm tumpang tanya, i sebenarnya nak tumpang duduk dengan awak2 semua boleh tak since i dont have any place to stay next sem?

i janji tak akan kacau makanan u olls semu. i janji tak akan heret telinga u olls.. hmm i janji tak akan tendang2 u. i janji
semua la. ok ???
berehhhh. u olls coolll laaa!!


WARNING

jangan la bagi family i baca. nanti nak yer dia kata anak mereka dah gila. nak duduk dengan mr biri2. ok apa ma abah duk dengan mr n mrs biri2. PANG ! ok..tak ok sebenarnya. dan satu lagi. jangan bagi A.Samad baca,meratap habis beliau kalau baca nie. ~ ~

P/s : penulis blog nie tak berapa nak stabil lagi gara2 isu kolej dan nak masuk sem baru. harap bersabar la dengan kerenah dia yer wahai pembaca sekalian.
akhir sekali sila tinggalkan kata2 motivasi anda untuk i. sebab? i nie kurang motivasi. tapi jangan la panggil pakar motivasi datang nak bagi ceramah kat i pulak.sebab : selepas 10 minit aku akan teranguk anguk. tanda i faham semua la tuh. :)

Yang Benar,
kucing kurap tiada tempat tinggal.

Sunday, 3 June 2012

Veterinar ?

assalamualaikum,

3, 2, 1 ! ok !! GO !

hi korang ! i'm elina ! but mostly people call me leena* tetiba je minah ni. 

semalam kawan i ,linda dah kena halau dari rumah dia.kesian !
i tak nak kasi tahu lagi reason dia apa. lepas korang baca habis apa i tulis baru i cakap. tu pom kalau korang boleh dengar apa yang i cakap through blog nie. maklum la blog i nie mana berbunyi kan kan.? if korang dengar suara2 tuh. THAT NOT ME ! i ulang sekali lagi.

that not me !

korang fikir la suara apa. yang berbunyi. *ewwwkkk takut. meremang tak? kalau tak ? kita satu geng la ! sebab sekarang nie i pun tak rasa apa-apa pun. hee.

owh, i nak cerita satu kisah benar ni. jom dengar ! kalau tak nak dengar , i paksa korang ! papepun kena dengar jugak!

pada suatu pagi petang and siang malam *saje je untuk mengambarkan satu hari ! SENANG! dua orang akak senior bilik i tengok citer hantu. muka sorang hah memang tak boleh nak gambar la. takut la ! tapi bila i dan member i sorang tuh tengok citer hantu , kitorang siap ketawa lagi. i pun tak tahu part mana yang seram .sebab mostly cerita tuh merepek je banyak. hUH !

kami nie sebenarnya kesian dekat hantu tuh . mesti dia sakit tekat dok mengilai je dua jam dalam filem tuh. jadi kami2 yang berhati baik nie la tolong mengilai. baik kan kan ?? well

kucing pun boleh ketawa kalau tengok citer hantu seram yang mengaruk tau . tengok bukan i ngan member i je yang ketawa. see ! bukti ada diatas ! haaa

lalaalala

mesti korang tertanya2 apa motif i cakap pasal benda hantu . padahal tajuk entry lain . kan ?
 motif : hmm tak ada.

well, act i tetiba teringat zaman kecik2 i dulu. CITA-CITA i. zaman tak berapa nak matang dulu.

tak matang kan? haha. lawak plak rasa kalau dipikirkan balik. oke, sila jangan gelakkan  i ok. i tahu mesti dikalangan  korang yang baca my entry nie pernah ada rasa cengini. am i right?

hmm kalau betul la i jadi guru? hmm tak tahu la apa akan jadi kepada murid2 i . haha.

jika anda2 semua mahu hantar anak2 korang suatu hari nanti, i sarankan jangan hantar dekat i yer kalau nak suruh mengajar. well, bukan apa, i takut u all punya anak tak mahu balik rumah. uhukk.batuk kejap. :P


haa, tapi korang jangan la risau. haa tengok dah berpeluh dah tu. ! hehe. insyallah i tak akan jadi cikgu. doakan i ok kalau tak nak bagi anak2 korang semua diajar oleh i. heheh . boleh percaya ke?? * mesti korang camni reaksinyer ! oke... TRUST ME ,IM ENGINEER TO BE. ~ ~


baguskan kawan2 i nie. kenal benor dah peragai i camner. hahah.

kawan i, linda dia komen dekat wall fb i . cakap suruh i jadi doktor haiwan sebab i nie suka haiwans. haiwans? banyak kan mesti kena bubuh s.belajar english kan.

and then my mind was  imagined :


korang jangan pulak gelakkan i pasal lukisan nie. i tahu i nie tak reti melukis. ha haiwan dua ekor atas tuh kucing tau.
tak nampak macam kucing? haish .. buat2 macam nampak je la.

and then i reply her coment . i cakap suruh dia bawak kucing tuh ke klinik i if nak suruh i jadi veterinar . then ambil balik dalam masa seminggu. lepas tu ce tengok kucing tuh hidup ke tidak.

terus dia kata ok na ! cancel! ko jadi engineer je la. haha
kan . see!

i tak boleh bayang kalau i jadi veterinar suatu hari nanti..haish. mintak  jauh ler

nak nyer customer i tuh bawak katak sebesar nie suruh ubatkan sebab tercekik tulang ikan. haish. mahunyer lepas tuh i tutup klinik . GELI DOWH!

or nak suruh i jadi bidan sebab lembu dia dah nak beranak. anak ke sepuluh. isk2

p/s : sebenarnya i saje je nak buat korang rasa suspen tadi. linda kena pergi sebab nak buat pre medic . harap linda lulus pre medic and sambung degree nanti dalam kos medic. insyallah. and then , biar dia je jadik veterinar. haaa. i tak nak..

ok la. i kena chow dulu. dah banyak i cerita hari nie. sambung la bila2 kalau  free.

sila tekan like and share jika suka.! kalau tak suka , kena suka jugak * i paksa nie. hahaa..

anything to say to this cat?? hey ! udah2 ler tuh berfesbuk nyer ! gi  makan ikan kat dapur nuh. kalau tak i panggil kucing lain ok!

bye !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tabung nuffnang